Apabila disahkan hamil, akan ada satu perasaan yang sukar nak digambarkan terlalu bersyukur & happy dan kehidupan yang dilalui oleh bakal ibu akan jauh berbeza berbanding ketika tidak berbadan dua. Dapat melahirkan zuriat keturunan sendiri merupakan nikmat kegembiraan yang tidak terhingga dan mesti disyukuri. Syukur bukan hanya sekadar lafaz kata-kata sahaja, tetapi juga merangkumi penjagaan peribadi, amalan kerohanian, pemakanan dan kesihatan. Mudah-mudahan berkat usaha kita, akan lahirlah anak yang soleh dan solehah yang merupakan amanah Allah S.W.T. yang perlu dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang.
Ketika sedang hamil ada diantara kita yang perlu melalui pelbagai masalah dan kesakitan namun bagi yang bernasib baik, kehamilan dinikmati dengan penuh bahagia. Segala permasalahan yang timbul semasa mengandung, hendaklah diatasi dengan penuh sabar dan redha. Di samping itu, ilmu amat penting bagi memastikan tindakan kita benar-benar sesuai dengan tuntutan penyelesaian setiap permasalahan.
RASA MUAL & LOYA
- Memang menjadi kebiasaan bagi ibu yg mula mengandung & selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau 13. Kadangkala berlarutan melepasi minggu ke 13.
- Mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah semasa hamil.
- Untuk mengelakkan keadaan ini :-
z Banyak minum air suam.
z Elakkan minum air yang mengandungi lemak seperti susu dan kacang soya.
z Makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit.
z Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur.
z Elakkan dari makanan yang berlemak dan berempah.
z Pastikan pengaliran udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.
SAKIT PINGGANG
- Mungkin berpunca dari tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan; sperti tulang dengan tulang dan sebagainya ) ada yang tegang, kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik.
- Bahu yang tegang atau belakang dan otot-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.
- Untuk mengatasi masalah ini boleh lakukan aktiviti seperti berikut :-z Gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut,ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengangerakan yang perlahan.z Tidurlah di atas tilam yang empuk & pusing tubuh ke bahagian sisi terlebih dahulusebelum bangun.z Semasa hamil ini elakkanlah daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akanmengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung dan menyebabkan ketegangan.
SEMBELIT
- Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu perlahan melalui sistem penghadaman disebabkan oleh kesan progestron, iaitu sejenis hormon yang meningkat ketika hamil. Progestron akan mengendurkan otot usus dan menyebabkannya kurang cekap bekerja.
- Pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan.
- Rahim yang semakin membesar menekan usus besar.
- Untuk mengatasi masalah ini bolehlah cuba amalkan perkara-perkara berikut :-
z Minumlah lebih banyak air antara enam hingga lapan gelas sehari ( 2-3 liter).
z Tambahkan jumlah pengambilan makanan yang mengandungi lebih banyak serat seperti
salad buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian.
z Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti kismis.
z Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil atau besar dan elakkan daripada meneran
bagi mengelakkan buasir.
KEKEJANGAN OTOT
- Kekejangan otot semasa hamil biasanya berlaku di bahagian betis @ kaki (kalau saya, panggil simpul biawak).
- Berlaku disebabkan oleh peredaran darah yang kurang baik.
- Kekurangan kalsium di dalam badan. Oleh sebab itu ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil kalsium untuk mengelakkan berlakunya kekejangan otot selain dapat membantu menguatkan tulang dan gigi bayi.
- Terlalu banyak fosforus juga boleh menyebabkan berlakunya kekejangan.
- Untuk mengatasi masalah ini boleh cuba mengamalkan perkara berikut :-
z Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam
z Mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti, hati dan sebagainya.
z Makan makanan yang tinggi kandungan kalsium seperti susu, telur, tauhu, makanan laut
dan sayuran hijau.
z Sapu minyak panas atau minyak kayu putih atau minyak angin dan sbaginya
BUASIR
- Buasir berlaku disebabkan oleh saluran darah tersimpul (vena varikos). Ia disebabkan oleh hormon dan tekanan daripada kepala bayi atau sembelit dan cirit-birit.
- Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk semasa hamil dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin berdarah semasa hamil.
- Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir tersebut.
- Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan ubat untuk buasir.
- Untuk menguragkan masalah buasir ini :-
z Cuba jangan meneran ketika membuang najis.
z Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman lantai.
z Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggalkan paha anda di atas bantal,
atau berlutut dengan cara bersujud untuk beberapa ketika.
SEMBAB/BENGKAK PADA KAKI/TANGAN
- Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan lazimnya tidak diperlukan.
- Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar.
- Jika sembab menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.
Credit to : Masalah-masalah sepanjang kehamilan; KKM; Amalan Ibu hamil
******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.
Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.
Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku.
Untuk mencuba PRODUK-PRODUK DARIPADA SHAKLEE boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950




MASALAH BIASA YANG SERING DI ALAMI OLEH IBU HAMIL
.jpg)
.jpg)





.jpg)

.jpg)
