Float

Welcome To ummyHANNAHbabah Official Blog ♥

Tab Menu

Selasa, 24 September 2013

KHASIAT YANG TERDAPAT DI DALAM RAMUAN VIVIX


Vivix merupakan Minuman campuran botani adalah revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Di dalam kajian klinikal terkini mendapati satu penemuan utama yang menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan proses penuaan.

Daripada ramuan Vivix ini ia telah menunjukkan memberi impak kepada empat (4) mekanisma utama penuaan di antaranya ialah :-
1.  Melindungi dan membaiki kerosakkan DNA
2.  Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3.  Menggalakkan pembentukkan baru Mitochondria (penjana tenaga) untuk 
meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
4.  Melambatkan pembentukan protein AGE (Advance Glycatin End Products) 
yang membantu menguatkan sel.


ANTARA MANFAAT VIVIX :
Untuk kesihatan jantung
Untuk kesihatan otak
Untuk kesihatan sistem imun
Untuk kesihatan sendi
Untuk perlindungan antioksidan
Untuk peningkatan tenaga pada tahap sellular

VIVIX juga dikenali sebagai TONIK ajaib yang mampu untuk mengatasi dan mengawal :-
Penyakit Diabetis
Sebagai Anti Penuaan
Penyakit Asthma
Kesihatan badan secara menyeluruh

Peringatan :  Vivix TIDAK boleh diambil oleh ibu yang menyusukan anak dan ibu mengandung.


... JOM berTESTIMONI AJHT dibawah ini ...



******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 







Untuk mencuba VIVIX boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950

Isnin, 23 September 2013

TIPS UNTUK MEMPERBANYAKKAN SEMULA SUSU


Assalamualaikum all the mommies-mommies semua..

Dalam entry terdahulu kita dah kenali punca-punca susu mommies-mommies merudum. So pada entry kali ini kita bagi tips pulak cara nak perbanyakkan susu semula.

Semua orang tahu bahawa ransangan bagi pengeluaran susu yang paling baik adalah menerusi hisapan bayi. Maka, apakah yang akan berlaku sekiranya keadaan ini berlaku ke atas seorang Expressing Mother (EP MOM). 


Semua mommies - mommies perlu kembali berpegang kepada konsep asas penyusuan iaitu SUPPLY BASE ON DEMAND
Apa yang saya faham, kekerapan mengosongkan breast pasti akan menghasilkan pertambahan susu secara berperingkat-peringkat. 

Bagaimana cara menghadapi jika mengalami masalah susu merudum :-

1. Jangan panik atau stress kerana kedua-dua perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu.

2. Lakukan Power Pumping dan Tandem Pumping
i) Power Pumping - Merupakan teknik yang paling bagus untuk memperbanyakkan susu kerana teknik ini paling hampir dengan cara baby 'direct feed'. 
Cara : - 
Single Pump : 10minit pump breast kanan kemudian tukar ke breast kiri selama 10minit pump. Ulangi setiap breast, 10 minit kanan --> 10 minit kiri --> 10 minit kanan --> 10 minit kiri -->10 minit kanan --> 10 minit kiri  (10R-10L-10R-10L-10R-10L)

Double pump : Pump selama 20 minit, kemudian rehat 10 minit dan pump semula untuk 20 minit lagi dan kemudian rehat lagi selama 10 minit ( 20-10-20-10) 

ii) Tandem Pumping - Cara ini adalah dengan menyusukan bayi 'direct feed' pada breast sebelah dan sebelah lagi untuk di pump. Dilakukan dalam waktu yang sama.

3. Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik - titik susu. 
Perlu dipastikan semasa setiap kali selesai sesi pengepaman breast sentiasa kosong (cara terbaik adalah dengan cara memicit - micit keliling breast secara perlahan).

4. Jangan sesekali terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar-benar perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka mommies tidak akan bersungguh - sungguh untuk memperbanyakkan susunya semula.

5. Cuba cari punca utama susu merudum dan cuba untuk atasi punca tersebut. 
Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya. 
Contoh: Jika kita kerap terskip jadual megepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula.

6. Pastikan pengambilan air kosong yang secukupnya sekurang-kurangnya 3liter sehari.

7. Pastikan anda mengambil diet pemakanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap. 
Jika mommies diluar sana sukar untuk memastikan diet yang seimbang bolehlah ditambah dengan pengambilan supplement alternative seperti Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee bagi yang tidak gemar untuk mengambil banyak pil.

8. Pastikan pam yang digunakan adalah pump yang sesuai dan selesa dengan diri mommies itu sendiri. 

9. Yang paling penting adalah sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan setiap sesi pengepaman bahawa ia sentiasa cukup untuk anak mommies semua. 

10. Sekiranya mommies masih buntu dan memerlukan bantuan bolehlah hubungi pakar laktasi yang  berdekatan untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi.

11. Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI2 BERPUTUS ASA dan SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T. Para mommies boleh juga mengamalkan Surah Al-Baqarah Ayat  60 untuk memperbanyakkan susu.

******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 






Untuk mencuba PRODUK-PRODUK DARIPADA SHAKLEE boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950



Jumaat, 13 September 2013

MASALAH KETIDAKSUBURAN DIMANA PUNCANYA

Faktor Sukar Mendapat Cahayamata

Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan.

Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.

Berat badan berlebihan antara punca tidak subur




Punca Wanita Tidak Subur.

Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.

Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).

Penyakit kelamin

Penyakit berkaitan masalah pelvik.

Merokok

Pengambilan kafein yang berlebihan

Terlalu kurus atau gemuk.

Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).




Untuk Hamil :-




1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).

2. telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).

3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.

4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.

5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.

Rabu, 11 September 2013

CoQHealth Plus PROMOSI SEPTEMBER Buy 6 FREE 1

Baru nak updated entry pasal Baby baru Shaklee yang telah dilancarkan pada 08 Jun 2013 yang lalu.
Hehehehe... Rasa ketinggalan pulak kan..
Tapi tak apa jom kita sesama kenali dan selami CoQHealth Plus nie..


"Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil."

"Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan,"


Info tentang CoQHealth Plus
♥ Mengandungi Koenzim Q10 yg penting utk sel tubuh bagi 
menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi
♥ Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 
dengan vitamin E dan estrak teh hijau
♥ Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
♥ Digunakan untuk merawat penyakit kanser seperti kanser payudara dan 
membantu pesakit yg menerima rawatan kemoterapi
♥ Membantu meningkatankan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis
♥ Merawat masalah penyakit gusi
♥ Membantu merawat pesakit Parkinson
♥ Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma



Banyak kebaikkan yang akan kita perolehi jika mengamalkan pengambilan CoQHealth Plus ini secara konsistant.
So Pada Bulan September ini Shaklee menawarkan Promosi terbaik dari ladang iaitu 
CoQHealth Plus BUY 6 FREE 1. 
Apa tunggu lagi kawan-kawan semua jadikanlah ia sebagai supplement tambahan untuk diri sendiri, keluarga atau untuk dihadiahkan buat Ibu&Ayah tersayang. Sama-sama kita mencegah sebelum terlambat.


Sebotol CoQHealth Plus mengandungi 30biji. 
Jika anda berminat dan ingin dapatkan vitamin ini pada harga istimewa boleh hubungi dayah. Harga istimewa dan penjimatan untuk anda hanya BULAN SEPTEMBER 2013 sahaja! 
PM/SMS/WhasaPP laju2 pada dayah sekarang juga..

******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 






Untuk mencuba CoQHEALTH PLUS boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950

MENGALAMI MASALAH SUSU MERUDUM KENALI PUNCANYA.



Proses penyusuan susu ibu umpama roda yang berpusing, kadang-kadang berada di atas dan kemudian beralih ke bawah. 
Begitulah juga dengan production susu ibu, kadang-kadang hasilnya banyak kadang-kadang hasilnya mengecewakan. Macam tu juga lah yang saya alamai. Allahuakbar.. panik, susah hati semua perasaan bercampur. Hanya Allah yang tahu perasaan bila susu merudum.

Seringkali keadaan ini berlaku apabila bayi mula mencecah umur 6 bulan ke atas.
Semasa ini bayi mula mengenal makanan separa pejal dan kebiasaannya si mommies mula menyedari susu yang di perah akan mula menunjukkan tanda - tanda pengurangan.

 Pada masa ini, tekanan akan mula timbul dan persoalan mengenai jumlah susu yang di perahkan mencukupi atau tidak untuk menampung kehendak si bayi.
Tapi itu langsung tak membantu dalam penghasilan susu malah akan mengurangkan jumlah penghasilan susu kerana STRESS..

Ada segelintir mommies yang mengambil jalan ringkas dengan terus menambahkan susu formula sebagai back up.
Jika perlu jangan la bertindak secepa itu, kita perlu cari dimana punca penghasilan susu merudum..


Jom kita kenali beberapa punca mengapa penghasilan susu merudum.

1.  IBU GAGAL MENGAMALKAN KONSEP DEMAND & SUPPLY
Pump tidak konsisten atau  jarak masa antara sesi pump terlalu jauh.
Mommies digalakan untuk pump 2-3 jam sekali supaya badan sentiasa dirangsang untuk penghasilan susu.

Pump bila breast penuh atau bengkak sahaja.
Kalau perlu adalah Tidak Digalakkan. Ini kerana bila breast dah penuh atau bengkak tubuh badan si mommies akan memberi signal kepada otak bahawa baby tidak memerlukan susu yang banyak. Jadi automatik otak akan menyuruh badan mengurangkan penghasilan susu. Jika cara ini dilakukan secara berterusan, YA SUSU AKAN MERUDUM.

Pump suka hati bila perlu sahaja.
Mommies - mommies digalakkan untuk membuat jadual pump tersendiri. Ini kerana perjalanan penyusuan setiap individu itu adalah berbeza-beza. Ikut jadual pengepaman yang konsisten supaya badan dapat mengetahui bila perlu hasilkan susu. Walaupun breast tidak penuh silalah pump..
Pump bila susu keluar dan berhenti bila susu mengalir.
Mommies perlu pump setiap breast minimum 20minit untuk 1 sesi pump sebab walaupun susu dah berhenti keluar kadang-kadang bila dihujung mungkin ibu akan mengalami 'let-down' sekali lagi.

2.  TEKNIK PENYUSUAN YANG SALAH
Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Mommies juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada areola yang tidak betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Cara kedudukan penyusuan yang salah juga penting bagi menjaminkan anak dan mommies selesa sewaktu sesi penyusuan.


 3.  KEADAAN IBU2/MOMMIES2/UMMY2
Apa yang saya maksudkan adalah  seperti di bawah :-
Letih
Stress
Period
Sedang Mengandung

Semua masalah di atas adalah menjadi salah satu sebab mengapa susu merudum. Kenapa ? Ini adalah disebabkan ianya berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (penghasilan susu) dan oksitosin (merangsang pengeluaran susu)

Dalam suasana yang tenang dan mommies gembira dan tak stress, hormon oksitosin dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin yang kemudiannya dihantar ke kelenjar susu bagi menghasilkan susu. Oleh yang demikian jika para imommies semua ada dalam keadaan stress maka hormon oksitosin ini kurang dirembeskan maka kurang jugalah hormon prolaktin dikeluarkan dan akan membawa kepada pengurangan penghasilan susu.

4.  PENGAMBILAN AIR KOSONG YANG TIDAK CUKUP
Mommies BF disarankan untuk mengambil air kosong sebanyak lebih kurang 3liter sehari
Bila badan sendiri kurang air kosong macam mana nak menghasilkan pengeluaran susu.

5.  PENGAMBILAN PIL PERANCANG
Pil perancang bertindak memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan mommies - mommies menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.
Vitamin B juga adalah vitamin larut air, jadi ia harus diambil setiap hari kerana vitamin B akan dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan kita.

6.  DIET SEHARIAN YANG TIDAK SEIMBANG
Ianya nampak remeh tapi sebenarnya "Susu ibu adalah apa yang kita makan"
Kalau badan mommies - mommies itu sendiri kurang khasiat, dari mana nak dapatkan khasiat yang secukupnya untuk hasilkan susu ibu. Oleh yang demikian perlulah ambil makanan yang seimbang walaupun anda sedang berdiet.

7.  PUMP YANG DIGUNAKAN ADALAH TIDAK SESUAI
Apabila menggunakan "PUMP yang tidak sesuai", kadang-kadang sewaktu proses suction sedang dilakukan kita akan berasa sakit, pengeluaran susu yang optimum dan hasilnya susu yang diperah tidak banyak. Oleh itu perlulah mencari pump yang sesuai dengan breast kita.

Finally saya menggalakkan mommies - mommies menggunakan 'double pumping' kerana semasa 'let-down' susu akan keluar pada dua-dua belah breast. 
Jadi apabila kedua-duanya dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. berbeza jika menggunakan single pump kerana hasilnya akan sebelah banyak dan sebelah pula sedikit.


Kita telah ketahui beberapa PUNCA yang mengakibatkan terjadinya MASALAH SUSU MERUDUM. So kepada mommies-mommies semua mesti dah terpikir di mana silapnya. 
Jangan terlalu stress dan lakukanlah perahan dengan hati yang tenang. 
Anggaplah memerah susu seperti mencari rezeki untuk diberikan kepada c comel yang tersayang. 
Nescaya Insya Allah hasilnya akan memperolehi keberkatan. 
Sama-samalah kita berdoa agar apa yang dilakukan ini diberikan kemudahan dan kesenangan oleh Allah S.W.T. Amin.



******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 






Untuk mencuba PRODUK-PRODUK DARIPADA SHAKLEE boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950



Isnin, 26 Ogos 2013

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT) - PROMOSI OGOS BELI 6 PERCUMA 1

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Shaklee memperkenalkan vitamin khusus untuk anda yang mengalami masalah sakit sendi atau vitamin ini juga sesuai buat anda yang ingin mengelakkan daripada sakit lutut dan sendi-sendi lain di hari tua nanti. Seronoknya bulan ini adalah bulan promosi Ogos 2013 AJHT - Advanced Joint Health Tablet.




Shaklee ADVANCED JOINT HEALTH TABLET mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.


AJHT dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi dimanaia menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. 



++ Siapa yang memerlukan ADVANCED JOINT HEALTH TABLET ini ++
♥  AJHT boleh diambil oleh golongan dewasa lelaki dan wanita yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. 
♥  Jika anda golongan muda yang mengamalkan gaya hidup lasak dan aktif dan sentiasa ingin bebas bergerak, adalah sangat sesuai untuk anda miliki vitamin ini.
♥  Vitamin ini juga adalah sangat baik jika di ambil oleh golongan warga emas.


++ Keistimewaan ADVANCED JOINT HEALTH TABLET ++
  1. Ekstrak Boswellia membantu menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan dapat menyokong keselesaan sendi.
  2. Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
  3. Zinc, Copper, Manganese dan Vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.
  4. 100% bebas kerang-kerangan (bagi yang elergik kerang-kerangan) .
  5. 100% vegetarian.
  6. 100% bebas kondroitin (bebas kondroitin beerti ‘penyerapan glukosamin yang lebih baik’, kehadiran kondroitin seperti dalam kebanyakan produk lain hanya menghalang penyerapan glukosamin).
  7. Kaplet jenis mudah telan
  8. Tiada perasa, pemanis atau pengawet
  9. Bebas gluten  (gluten adalah bahan yang menghalang penyerapan zat dan mineral ke dalam tubuh).

... JOM berTESTIMONI AJHT dibawah ini ...



Sebotol AJHT mengandungi 60biji. Jika anda berminat dan ingin dapatkan vitamin ini pada harga istimewa boleh hubungi dayah. Harga istimewa dan penjimatan untuk anda hanya BULAN OGOS 2013 sahaja! PM/SMS/WhasaPP laju2 pada dayah sekarang juga..

******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 






Untuk mencuba ADVANCED JOINT HEALTH TABLET boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950

Jumaat, 23 Ogos 2013

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT) - QUESTION & THE ANSWER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Kembali mengUpdated setelah lama tergendala dek kesibukkan kerja... 

Masih ada lagi kawan-kawan yang tertanya-tanya apa itu ADVANCED JOINT HEALTH TABLET dan kelebihannya.. 
Jom kita sama-sama menyelami apakah ADVANCED JOINT HEALTH TABLET..
Bak kata pepatah melayu "tak kenal maka tak cinta".. eh tetiba lak kan.. hehehe...





Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. 
Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah Ekstrak Jagung?
A : Ekstrak Jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
A : Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. 
Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.


Sebotol AJHT mengandungi 60biji. Jika anda berminat dan ingin dapatkan vitamin ini pada harga istimewa boleh hubungi dayah. Harga istimewa dan penjimatan untuk anda hanya BULAN OGOS 2013 sahaja! PM/SMS/WhasaPP laju2 pada dayah sekarang juga..

******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 






Untuk mencuba ADVANCED JOINT HEALTH TABLET boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950

Isnin, 3 Jun 2013

PROMOSI JUN 2013 KEMBALI LAGI - MEALSHAKE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,
Promosi Bulanan Shaklee datang lagi. Kali ini promosi adalah untuk produk MEALSHAKE
Amat sesuai untuk semua kanak-kanak terutamanya yang mempunyai masalah kurang selera makan, sembelit ataupun masalah kulit. Meal Shakes juga amat sesuai untuk ibu mengandung, ibu yang menyusukan bayi, orang yang baru lepas operation ,mereka yang inginkan kulit cantik dan kekal sihat.

Untuk mengetahui Promosi MEALSHAKE boleh hubungi saya seperti di bawah.


Jumaat, 31 Mei 2013

MASALAH BIASA YANG SERING DI ALAMI OLEH IBU HAMIL


Apabila disahkan hamil, akan ada satu perasaan yang sukar nak digambarkan terlalu bersyukur & happy dan kehidupan yang dilalui oleh bakal ibu akan jauh berbeza berbanding ketika tidak berbadan dua. Dapat melahirkan zuriat keturunan sendiri merupakan nikmat kegembiraan yang tidak terhingga dan mesti disyukuri. Syukur bukan hanya sekadar lafaz kata-kata sahaja, tetapi juga merangkumi penjagaan peribadi, amalan kerohanian, pemakanan dan kesihatan. Mudah-mudahan berkat usaha kita, akan lahirlah anak yang soleh dan solehah yang merupakan amanah Allah S.W.T. yang perlu dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang.


Ketika sedang hamil ada diantara kita yang perlu melalui pelbagai masalah dan kesakitan namun bagi yang bernasib baik, kehamilan dinikmati dengan penuh bahagia. Segala permasalahan yang timbul semasa mengandung, hendaklah diatasi dengan penuh sabar dan redha. Di samping itu, ilmu amat penting bagi memastikan tindakan kita benar-benar sesuai dengan tuntutan penyelesaian setiap permasalahan. 

Contoh-contoh masalah yang sering dialami oleh ibu yang mengandung ialah:

RASA MUAL & LOYA
  • Memang menjadi kebiasaan bagi ibu yg mula mengandung & selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau 13. Kadangkala berlarutan melepasi minggu ke 13.
  • Mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah semasa hamil.
  • Untuk mengelakkan keadaan ini :-
      z Banyak minum air suam.
      z Elakkan minum air yang mengandungi lemak seperti susu dan kacang soya.
      z Makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit.
      z Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur.
      z Elakkan dari makanan yang berlemak dan berempah.
      z Pastikan pengaliran udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.

SAKIT PINGGANG
  • Mungkin berpunca dari tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan; sperti tulang dengan tulang dan sebagainya ) ada yang tegang, kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik.
  • Bahu yang tegang atau belakang dan otot-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.
  • Untuk mengatasi masalah ini boleh lakukan aktiviti seperti berikut :-
      z Gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut, 
              ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan 
              gerakan yang perlahan.
      z Tidurlah di atas tilam yang empuk & pusing tubuh ke bahagian sisi terlebih dahulu 
              sebelum bangun.
      z Semasa hamil ini elakkanlah daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akan 
              mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung dan menyebabkan ketegangan.

SEMBELIT
  • Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu perlahan melalui sistem penghadaman disebabkan oleh kesan progestron, iaitu sejenis hormon yang meningkat ketika hamil. Progestron akan mengendurkan otot usus dan menyebabkannya kurang cekap bekerja.
  • Pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan.
  • Rahim yang semakin membesar menekan usus besar.
  • Untuk mengatasi masalah ini bolehlah cuba amalkan perkara-perkara berikut :-
    z Minumlah lebih banyak air antara enam hingga lapan gelas sehari ( 2-3 liter).
    z Tambahkan jumlah pengambilan makanan yang mengandungi lebih banyak serat seperti
        salad buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian.
    z Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti kismis.
    z Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil atau besar dan elakkan daripada meneran
        bagi mengelakkan buasir.

KEKEJANGAN OTOT
  • Kekejangan otot semasa hamil biasanya berlaku di bahagian betis @ kaki (kalau saya, panggil simpul biawak).
  • Berlaku disebabkan oleh peredaran darah yang kurang baik.
  • Kekurangan kalsium di dalam badan. Oleh sebab itu ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil kalsium untuk mengelakkan berlakunya kekejangan otot selain dapat membantu menguatkan tulang dan gigi bayi.
  • Terlalu banyak fosforus juga boleh menyebabkan berlakunya kekejangan.
  • Untuk mengatasi masalah ini boleh cuba mengamalkan perkara berikut :-
    z Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam
    z Mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti, hati dan sebagainya.
    z Makan makanan yang tinggi kandungan kalsium seperti susu, telur, tauhu, makanan laut
       dan sayuran hijau.
    z Sapu minyak panas atau minyak kayu putih atau minyak angin dan sbaginya

BUASIR
  • Buasir berlaku disebabkan oleh saluran darah tersimpul (vena varikos). Ia disebabkan oleh hormon dan tekanan daripada kepala bayi atau sembelit dan cirit-birit. 
  • Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk semasa hamil dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin berdarah semasa hamil.
  • Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir tersebut.
  • Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan ubat untuk buasir.
  • Untuk menguragkan masalah buasir ini :-
    z Cuba jangan meneran ketika membuang najis.
    z Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman lantai.
    z Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggalkan paha anda di atas bantal,
        atau berlutut dengan cara bersujud untuk beberapa ketika.

SEMBAB/BENGKAK PADA KAKI/TANGAN
  • Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan lazimnya tidak diperlukan. 
  • Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar. 
  • Jika sembab menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.

Credit to : Masalah-masalah sepanjang kehamilan; KKM; Amalan Ibu hamil


******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 






Untuk mencuba PRODUK-PRODUK DARIPADA SHAKLEE boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950



KENALI PRODUK-PRODUK SHAKLEE - KESIHATAN KEDIAMAN

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan.
Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya dan apabila anda melihatnya.
Menikmati kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik.
Individu yang sihat akan sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat apabila berada bersama teman-teman dan orang sekeliling.
Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun.
Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.
(Klik pada link di bawah untuk mengetahui lebih tentang produk)


HEALTHY HOME
At works best for the Earth works best for your home
(Sesuai untuk Bumi dan kediaman anda)




******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 






Untuk mencuba PRODUK-PRODUK DARIPADA SHAKLEE boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950

KENALI PRODUK-PRODUK SHAKLEE - KESIHATAN KECANTIKAN

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan.
Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya dan apabila anda melihatnya.
Menikmati kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik.
Individu yang sihat akan sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat apabila berada bersama teman-teman dan orang sekeliling.
Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun.
Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.
(Klik pada link di bawah untuk mengetahui lebih tentang produk)


HEALTHY BEAUTY
Clean, Natural, Gentle Ingredients to pamper your skin and hair.
(Manjakanlah kulit dan rambut anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih)

NutriWhite 
++++++++++++++

Enfuselle 
++++++++++++++

ProSante 
+++++++++++++++++

Daily Care 
++++++++++++++++


******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.

Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku. 






Untuk mencuba PRODUK-PRODUK DARIPADA SHAKLEE boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...