KEPUTIHAN
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
- Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.
- Lazimnya, keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti tiada jangkitan. Jika keputihan berlendir dan tidak membeku seperti susu basi atau berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
Bagaimana masalah keputihan terjadi?
- Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
- Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
- Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
- Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
- Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Berikut adalah antara cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :-
1) Simptom 1
+ Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina.
+ Penyebabnya ialah kulat Candida sp
+ Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli
+ Penyebabnya ialah kulat Candida sp
+ Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli
2) Simptom 2
+ Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.
+ Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
+ Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis.
+ Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin.
3)Simptom 3
+ Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
+ Penyebabnya adalah virus.
+ Dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.
- Pastikan jika mengalami salah satu simptom-simptom di atas anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
- Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
- Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.
- Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Yang penting dapatkan nasihat doktor!!
Cara bagi mengawal masalah keputihan.
Masalah keputihan yang dialami masih boleh diatasi dengan cara tradisional seperti meminum air rebusan pegaga atau basuh dengan air sirih. Selain itu mengamalkan pengambilan ALFAFA juga insyaallah dapat menyelesaikan masalah keputihan ini.
******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.
Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.
Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku.
Untuk mencuba ALFAFA ini boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950






Tiada ulasan :
Catat Ulasan