Proses penyusuan susu ibu umpama roda yang berpusing, kadang-kadang berada di atas dan kemudian beralih ke bawah.
Begitulah juga dengan production susu ibu, kadang-kadang hasilnya banyak kadang-kadang hasilnya mengecewakan. Macam tu juga lah yang saya alamai. Allahuakbar.. panik, susah hati semua perasaan bercampur. Hanya Allah yang tahu perasaan bila susu merudum.
Seringkali keadaan ini berlaku apabila bayi mula mencecah umur 6 bulan ke atas.
Semasa ini bayi mula mengenal makanan separa pejal dan kebiasaannya si mommies mula menyedari susu yang di perah akan mula menunjukkan tanda - tanda pengurangan.
Pada masa ini, tekanan akan mula timbul dan persoalan mengenai jumlah susu yang di perahkan mencukupi atau tidak untuk menampung kehendak si bayi.
Tapi itu langsung tak membantu dalam penghasilan susu malah akan mengurangkan jumlah penghasilan susu kerana STRESS..
Ada segelintir mommies yang mengambil jalan ringkas dengan terus menambahkan susu formula sebagai back up.
Jika perlu jangan la bertindak secepa itu, kita perlu cari dimana punca penghasilan susu merudum..

Jom kita kenali beberapa punca mengapa penghasilan susu merudum.
1. IBU GAGAL MENGAMALKAN KONSEP DEMAND & SUPPLY
z Pump tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pump terlalu jauh.
Mommies digalakan untuk pump 2-3 jam sekali supaya badan sentiasa dirangsang untuk penghasilan susu.
z Pump bila breast penuh atau bengkak sahaja.
Kalau perlu adalah Tidak Digalakkan. Ini kerana bila breast dah penuh atau bengkak tubuh badan si mommies akan memberi signal kepada otak bahawa baby tidak memerlukan susu yang banyak. Jadi automatik otak akan menyuruh badan mengurangkan penghasilan susu. Jika cara ini dilakukan secara berterusan, YA SUSU AKAN MERUDUM.
z Pump suka hati bila perlu sahaja.
Mommies - mommies digalakkan untuk membuat jadual pump tersendiri. Ini kerana perjalanan penyusuan setiap individu itu adalah berbeza-beza. Ikut jadual pengepaman yang konsisten supaya badan dapat mengetahui bila perlu hasilkan susu. Walaupun breast tidak penuh silalah pump..
Pump bila susu keluar dan berhenti bila susu mengalir.
Mommies perlu pump setiap breast minimum 20minit untuk 1 sesi pump sebab walaupun susu dah berhenti keluar kadang-kadang bila dihujung mungkin ibu akan mengalami 'let-down' sekali lagi.
2. TEKNIK PENYUSUAN YANG SALAH
Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Mommies juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada areola yang tidak betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.
Cara kedudukan penyusuan yang salah juga penting bagi menjaminkan anak dan mommies selesa sewaktu sesi penyusuan.
3. KEADAAN IBU2/MOMMIES2/UMMY2

Apa yang saya maksudkan adalah seperti di bawah :-
Letih
Stress
Period
Sedang Mengandung
Semua masalah di atas adalah menjadi salah satu sebab mengapa susu merudum. Kenapa ? Ini adalah disebabkan ianya berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (penghasilan susu) dan oksitosin (merangsang pengeluaran susu)
Dalam suasana yang tenang dan mommies gembira dan tak stress, hormon oksitosin dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin yang kemudiannya dihantar ke kelenjar susu bagi menghasilkan susu. Oleh yang demikian jika para imommies semua ada dalam keadaan stress maka hormon oksitosin ini kurang dirembeskan maka kurang jugalah hormon prolaktin dikeluarkan dan akan membawa kepada pengurangan penghasilan susu.
4. PENGAMBILAN AIR KOSONG YANG TIDAK CUKUP
Mommies BF disarankan untuk mengambil air kosong sebanyak lebih kurang 3liter sehari.
Bila badan sendiri kurang air kosong macam mana nak menghasilkan pengeluaran susu.
5. PENGAMBILAN PIL PERANCANG
Pil perancang bertindak memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan mommies - mommies menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.
Vitamin B juga adalah vitamin larut air, jadi ia harus diambil setiap hari kerana vitamin B akan dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan kita.

6. DIET SEHARIAN YANG TIDAK SEIMBANG
Ianya nampak remeh tapi sebenarnya "Susu ibu adalah apa yang kita makan".
Kalau badan mommies - mommies itu sendiri kurang khasiat, dari mana nak dapatkan khasiat yang secukupnya untuk hasilkan susu ibu. Oleh yang demikian perlulah ambil makanan yang seimbang walaupun anda sedang berdiet.
7. PUMP YANG DIGUNAKAN ADALAH TIDAK SESUAI
Apabila menggunakan "PUMP yang tidak sesuai", kadang-kadang sewaktu proses suction sedang dilakukan kita akan berasa sakit, pengeluaran susu yang optimum dan hasilnya susu yang diperah tidak banyak. Oleh itu perlulah mencari pump yang sesuai dengan breast kita.
Finally saya menggalakkan mommies - mommies menggunakan 'double pumping' kerana semasa 'let-down' susu akan keluar pada dua-dua belah breast.
Jadi apabila kedua-duanya dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. berbeza jika menggunakan single pump kerana hasilnya akan sebelah banyak dan sebelah pula sedikit.
Kita telah ketahui beberapa PUNCA yang mengakibatkan terjadinya MASALAH SUSU MERUDUM. So kepada mommies-mommies semua mesti dah terpikir di mana silapnya.
Jangan terlalu stress dan lakukanlah perahan dengan hati yang tenang.
Anggaplah memerah susu seperti mencari rezeki untuk diberikan kepada c comel yang tersayang.
Nescaya Insya Allah hasilnya akan memperolehi keberkatan.
Sama-samalah kita berdoa agar apa yang dilakukan ini diberikan kemudahan dan kesenangan oleh Allah S.W.T. Amin.
******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.
Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.
Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku.
Untuk mencuba PRODUK-PRODUK DARIPADA SHAKLEE boleh hubungi saya :-

FB : DayahOhidayah Ismail ! Email : hidayahshaklee85@gmail.com ! SMS/WhasaPP : 019-2806950

.jpg)

Tiada ulasan :
Catat Ulasan