Assalamualaikum all the mommies-mommies semua..
Dalam entry terdahulu kita dah kenali punca-punca susu mommies-mommies merudum. So pada entry kali ini kita bagi tips pulak cara nak perbanyakkan susu semula.
Semua orang tahu bahawa ransangan bagi pengeluaran susu yang paling baik adalah menerusi hisapan bayi. Maka, apakah yang akan berlaku sekiranya keadaan ini berlaku ke atas seorang Expressing Mother (EP MOM).
Semua mommies - mommies perlu kembali berpegang kepada konsep asas penyusuan iaitu SUPPLY BASE ON DEMAND.
Apa yang saya faham, kekerapan mengosongkan breast pasti akan menghasilkan pertambahan susu secara berperingkat-peringkat.
Bagaimana cara menghadapi jika mengalami masalah susu merudum :-
1. Jangan panik atau stress kerana kedua-dua perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu.
2. Lakukan Power Pumping dan Tandem Pumping
i) Power Pumping - Merupakan teknik yang paling bagus untuk memperbanyakkan susu kerana teknik ini paling hampir dengan cara baby 'direct feed'.
Cara : -
Single Pump : 10minit pump breast kanan kemudian tukar ke breast kiri selama 10minit pump. Ulangi setiap breast, 10 minit kanan --> 10 minit kiri --> 10 minit kanan --> 10 minit kiri -->10 minit kanan --> 10 minit kiri (10R-10L-10R-10L-10R-10L)
Double pump : Pump selama 20 minit, kemudian rehat 10 minit dan pump semula untuk 20 minit lagi dan kemudian rehat lagi selama 10 minit ( 20-10-20-10)
ii) Tandem Pumping - Cara ini adalah dengan menyusukan bayi 'direct feed' pada breast sebelah dan sebelah lagi untuk di pump. Dilakukan dalam waktu yang sama.
3. Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik - titik susu.
Perlu dipastikan semasa setiap kali selesai sesi pengepaman breast sentiasa kosong (cara terbaik adalah dengan cara memicit - micit keliling breast secara perlahan).
4. Jangan sesekali terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar-benar perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka mommies tidak akan bersungguh - sungguh untuk memperbanyakkan susunya semula.
5. Cuba cari punca utama susu merudum dan cuba untuk atasi punca tersebut.
Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya.
Contoh: Jika kita kerap terskip jadual megepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula.
6. Pastikan pengambilan air kosong yang secukupnya sekurang-kurangnya 3liter sehari.
7. Pastikan anda mengambil diet pemakanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap.
Jika mommies diluar sana sukar untuk memastikan diet yang seimbang bolehlah ditambah dengan pengambilan supplement alternative seperti Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee bagi yang tidak gemar untuk mengambil banyak pil.
8. Pastikan pam yang digunakan adalah pump yang sesuai dan selesa dengan diri mommies itu sendiri.
9. Yang paling penting adalah sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan setiap sesi pengepaman bahawa ia sentiasa cukup untuk anak mommies semua.
10. Sekiranya mommies masih buntu dan memerlukan bantuan bolehlah hubungi pakar laktasi yang berdekatan untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi.
11. Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI2 BERPUTUS ASA dan SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T. Para mommies boleh juga mengamalkan Surah Al-Baqarah Ayat 60 untuk memperbanyakkan susu.
******************************************************************************************************************************************************************
Note 1 : Segala penulisan/testimoni tentang produk-produk yang dikongsi di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatandigalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.
Note 2 : Untuk makluman setiap kesan pada setiap pengguna adalah berbeza.
Note 3 : Produk-produk ini hanyalah supplement tambahan, usaha untuk menambah kebaikkan kepada kesihatan. Namun Allah S.W.T. lebih mengetahui segala apa yang berlaku.
Untuk mencuba PRODUK-PRODUK DARIPADA SHAKLEE boleh hubungi saya :-







Tiada ulasan :
Catat Ulasan